Assalamualaikum..ntuk post pertama resepi saya kt blog ni..adalah resepi Caramel~~
Bahan-bahannya:-5 biji telur
-Gula
-250ml susu ideal
Cara membuat gula hangus:1.Panaskan kuali.
2.Masukkan 5sudu gula.(sesiapa yang xnak terlalu manis,bleh kurangkan gula)
3.Masukkan 2sudu air.
4.Kacau.
5.Tambahkan 2sudu air lagi.
6.Kacau sampai air gula keperangan.
7.Masukkan ke dalam acuan ataupun loyang.
Cara membuat puding:1.Masukkan 5biji telur ke dalam mangkuk.
2.Tambahkan 5sudu gula.(sesiapa yang xnak terlalu manis,bleh kurangkan gula)
3.Kacau perlahan sahaja,jangan pukul terlalu kuat.
4.Panaskan susu ideal di dalam periuk.
5.Kacau sentiasa,jangan sampai mendidih.
6.Tutupkan api dan masukkan adunan telur ke dalam periuk.
7.Kacau sehingga rata.
8.Tapiskan adunan puding ke dalam acuan/loyang yg diisi gula hangus tadi.
9.Kukus adunan sehingga 1jam lebih.
Cara Hidang:-Telangkupkan acuan/loyang ke dalam pinggan.Siap..!!