Tuesday, August 21, 2012

Cocktail Cinta


Assalamualaikum~~ Resepi ntuk post kali ni adalah Cocktail..

Bahan-Bahannya :-

-1 Tin susu ideal
-1 Tin laici
-1 Tin Jagung manis
-1 bekas nata de coco
- 1 Tin buah-buahan dalam tin

Caranya :-

Campurkan kesemua bahan dalam 1 bekas dan kacau..Siap..!!

sELAMAT mENCUBA.....!!!!!!!!!!

Saturday, August 18, 2012

Caramel Blink(^_^)

Assalamualaikum..ntuk post pertama resepi saya kt blog ni..adalah resepi Caramel~~

Bahan-bahannya:

-5 biji telur
-Gula
-250ml susu ideal

Cara membuat gula hangus:

1.Panaskan kuali.
2.Masukkan 5sudu gula.(sesiapa yang xnak terlalu manis,bleh kurangkan gula)
3.Masukkan 2sudu air.
4.Kacau.
5.Tambahkan 2sudu air lagi.
6.Kacau sampai air gula keperangan.
7.Masukkan ke dalam acuan ataupun loyang.

Cara membuat puding:

1.Masukkan 5biji telur ke dalam mangkuk.
2.Tambahkan 5sudu gula.(sesiapa yang xnak terlalu manis,bleh kurangkan gula)
3.Kacau perlahan sahaja,jangan pukul terlalu kuat.
4.Panaskan susu ideal di dalam periuk.
5.Kacau sentiasa,jangan sampai mendidih.
6.Tutupkan api dan masukkan adunan telur ke dalam periuk.
7.Kacau sehingga rata.
8.Tapiskan adunan puding ke dalam acuan/loyang yg diisi gula hangus tadi.
9.Kukus adunan sehingga 1jam lebih.

Cara Hidang:

-Telangkupkan acuan/loyang ke dalam pinggan.Siap..!!

Friday, August 26, 2011

tips tidak bersikap boros

salam..

tiba2 je rasa nak kongsi pasal ..mungkin sebab setiap perempuan mcm aku suka gan shopping..bila shopping lupa la nak berjimat...terutama bila gaji masuk..mari kita lihat betul x korang or aaku sendiri ada sifat 2 yang aku nak sebut jap g..nih pun aku baca blog sorang tu..so tertarik gan fakta nih..so sapa2 yang ada cam ni kena berhati2 di jalan raya..(cuba la menabung skit)...he3

woow..rasa nak beli sume

1) CITARASA TINGGI

Memiliki barangan berjenama menjadi citarasa kebanyakan orang yang mengutamakan lambang prestij...gaya mutu keunggulan... . Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya. Apa guna membeli sehelai T-Shirt berjenama dengan harga RM75 sekiranya T-Shirt yang lebih kurang sama boleh kita dapati hanya dengan harga RM19.90 dipasar malam. Materialnya tetap tahan lasak, selesa di pakai serta tetap cantik seadanya di pandang mata. So, TIP yang pertama adalah....JANGAN jadi hamba fesyen / hamba jenama.... :D


2)Teknik pembayaran bil yang mampu memberi penjimatan

Membayar bil melalui internet secara online banking lebih menjimatkan masa, petrol dan duit parking! Terkadang, bila dah kuar gi bayar bil singgah makan-minum n beli itu ini dijalanan , tentunya menggugat azam anda untuk berjimat kan? :) So, just stick at home & pay ur bill online!...zaman dah maju..cimb clik ada..maybank2u...sume tu berguna tuk kita..


-3) Membeli-belah sewaktu perut kenyang - Secara psikologinya...kita bakal cenderung untuk membeli-belah secara semborono ketika perut lapar...semuanya terasa hendak dibeli berbanding semasa perut kita kenyang di mana, kita lebih relax, tidak tergocoh gacah serta mampu membuat pertimbangan secara tenang dan teratur...so, makesure kita isi perut kenyang2 b4 pegi shopping!


keyangnyerrrr


4) Jangan bawak kanak-kanak ketika bershopping -

Ini satu langkah yang bijak, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.



best masak gan mak
5) Masak sendiri

Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.


6) KATAKAN TIDAK PADA ROKOK

Harga rokok pun bukan makin turun, sebaliknya makin naik...rokok pun bukanlah sejenis herba yang menyihatkan, sebaliknya gumpalan asap nikotin yang mengharukan! So stop smoking...dan anda bakal jadi orang kaya yang sihat

bukan belit hati jer..duit di poket pun terbelit...


arku

My photo
kedah, Malaysia
hidup tu baik jer klu kita cuba hidup dengan baik...